Terma & Syarat

Sila baca dengan teliti terma & syarat sebelum menggunakan website kami.

Terma & Syarat :

Sila baca terma dan syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan laman web ini. Dengan mengakses laman SimkadTuneTalk.com dan menggunakan mana-mana perkhidmatan kami, anda dianggap telah bersetuju dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1. Maklumat Pemilik & Penafian

Laman ini dimiliki dan diuruskan oleh Niaga Kreatif Resources , iaitu penyedia sistem NiagaHub yang digunakan oleh pengguna kami iaitu "Niaga Kreatif Resources" bagi tujuan promosi produk kepada umum.

Laman ini bukan laman rasmi Tune Talk, sebaliknya ia adalah laman promosi dan komunikasi peribadi sebagai agen berdaftar.


2. Tujuan Laman

Laman ini diwujudkan bagi tujuan:

  • Menyediakan informasi berkaitan produk yang ditawarkan oleh Tune Talk.
  • Menawarkan produk dari Tune Talk.
  • Membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menyertai kerjaya sebagai ejen secara sah.

3. Ketepatan & Had Tanggungjawab

Kami berusaha untuk memastikan semua maklumat dalam laman ini adalah tepat dan terkini. Namun begitu, segala kandungan adalah bersifat umum dan tidak membentuk sebarang kontrak atau jaminan mutlak.


4. Perlindungan Data Peribadi

Segala maklumat peribadi yang dikumpulkan melalui laman ini, termasuk maklumat permohonan dan pertanyaan, adalah sulit dan digunakan semata-mata bagi tujuan:

  • Komunikasi lanjut dari pihak ejen
  • Urusan permohonan kerjaya

Kami tidak akan menjual atau mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis.


5. Kebenaran Komunikasi

Dengan menggunakan laman ini dan mengisi mana-mana borang atau maklumat peribadi, pengguna bersetuju bahawa SimkadTuneTalk.com berhak untuk menghantar maklumat berkaitan berita, produk, promosi atau peringatan penting melalui e-mel, panggilan telefon, dan aplikasi pesanan/chat seperti WhatsApp.

Tujuan komunikasi ini adalah untuk memberikan maklumat berkaitan produk dan promosi terkini kepada pengguna.


6. Hak Cipta & Kandungan

Semua teks, grafik, reka bentuk, dan kandungan lain dalam laman ini adalah hak milik SimkadTuneTalk.com kecuali dinyatakan sebaliknya. Sebarang penggunaan semula tanpa kebenaran bertulis adalah tidak dibenarkan.


7. Peluang Kerjaya

Kami juga menawarkan peluang kepada individu yang berminat untuk menjadi ejen secara sah. Penyertaan tertakluk kepada syarat kelayakan dan latihan asas yang ditetapkan oleh Tune Talk.


8. Perubahan Terma

Pihak kami berhak untuk mengubah atau mengemas kini terma ini pada bila-bila masa tanpa notis. Pengguna digalakkan menyemak halaman ini dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang perubahan terkini.


Pembelian & Pembayaran :
  • Semua transaksi adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) kecuali dinyatakan sebaliknya.
  • Kami berhak untuk membatalkan kontrak penjualan sekiranya pembayaran untuk pesanan tidak diterima sepenuhnya.
  • Pastikan nama, alamat, poskod dan e-mel diisi dengan betul pada borang. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika mengisi borang pesanan.
  • Sila sertakan bukti pembelian samada upload melalui borang atau upload melalui whatsapp. Ia bagi memastikan urusan pembelian berjalan dengan lancar. Maklumat pembelian akan disemak dan disahkan dalam tempoh 24jam. sekiranya tiada sebarang maklum balas, sila hubungi kami.
  • Selepas pembayaran dibuat, pelanggan tidak dibenarkan membatalkan sebarang pesanan yang telah dibuat. Wang tidak akan dikembalikan.

Pendaftaran & Akaun Keahlian :
  • Semua pengguna SimkadTuneTalk.com boleh mendaftar untuk akaun keahlian baru dan akses ke akaun pengguna melalui laman web dan aplikasi mudah alih kami. Anda bersetuju untuk memberikan, mengekalkan dan mengemas kini maklumat yang benar, tepat, dan lengkap mengenai diri anda seperti yang diminta oleh proses pendaftaran. Anda tidak boleh menyamar sebagai orang atau entiti atau memberi gambaran yang salah.
  • Pengguna akan bersetuju bahawa tidak akan ada komen yang dikirimkan ke SimkadTuneTalk.com yang akan melanggar hak mana-mana pihak ketiga, termasuk hak cipta, cap dagang, privasi hak peribadi atau hak milik lain. pengguna akan bersetuju bahawa tidak akan ada kandungan dari bahan yang menyalahi undang-undang, kasar atau lucah yang dihantar ke laman web ini. Hanya Pengguna yang bertanggungjawab atas kandungan komen yang telah dibuat.

Umum :

Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah terma & syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran terma & syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan terma & syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan terma & syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan terma & syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui pendaftaran sebagai agent atau pengguna NiagaHub.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Pihak SimkadTuneTalk.com tidak akan bertanggungjawab atas segala risiko, masalah, kesan dan akibat dari kesalahan ketika menggunakan platform kami.

Pesan Sim Sekarang

Penghantaran SIM ke seluruh negeri di malaysia!